Powered by Blogger.

Sunday, November 15, 2015

Google Maps Selesaikan Misteri kehilangan lelaki selama 9 tahun selepas penemuan imej kereta dalam tasik

Suka.info     6:16:00 PM     0


MICHIGAN, Amerika Syarikat (AS) – Misteri kehilangan seorang warga emas sejak sembilan tahun lalu terungkai selepas Google Maps berjaya merakam imej sebuah kereta yang tenggelam di dalam sebuah tasik.

Davie Lee Niles yang berusia 72 tahun dilaporkan hilang pada 11 Oktober 2006 selepas dia dilihat kali terakhir di Bar Jake di Byron.

Ketika itu, ahli keluarganya berkata, dia yang menghidap penyakit kanser telah keluar untuk menemui seorang rakannya.

Bagaimanapun, dia kemudian mening*galkan rakannya itu secara tiba-tiba, namun tidak pulang ke rumah. Mereka kemudian membuat laporan polis tetapi usaha mengesan gagal menemuinya.

Sementara itu, seorang kakitangan Google Maps, Brian Houseman berkata, dia terlihat imej kereta yang tenggelam di dalam sebuah tasik menyebabkan dia segera menghubungi pihak polis.

“Saya tidak sangka terdapat sebuah kereta yang tenggelam di tasik itu. Tidak ada sesiapa yang boleh mengesan objek itu dengan tepat memandangkan airnya agak keruh,” katanya.

Pihak polis kemudian menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum mengesahkan itu adalah mayat Niles. 

Lagi Menarik di Intenet Raya:

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

15 Super Yummy Nyonya-Style Salad Recipes

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

Don't Expect Shortcuts And 11 Other Priceless Lessons We Can Learn From These Malaysians

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.