Powered by Blogger.

Sunday, November 15, 2015

Perompak Guna bom paip Buatan Sendiri Untuk meletupkan mesin ATM

Suka.info     6:20:00 PM     0


KUALA LUMPUR – Sekumpulan perompak bertindak nekad apabila meletupkan dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan bom paip buatan sendiri di sebuah bank di Jalan 53/54, Desa Jaya, Kepong di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.20 pagi itu, tiga perompak yang memakai penutup muka itu dipercayai cuma mengambil masa kira-kira dua minit untuk meletupkan mesin ATM berkenaan.

Mereka kemudian berjaya mengeluarkan peti logam yang berisi wang tunai dan melarikan kira-kira RM160,000.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, perompak tersebut dipercayai memasang bom paip de*ngan meletakkannya ke dalam sebuah lubang iaitu tempat duit dikeluarkan.

“Kejadian ini diketahui oleh anggota polis peronda yang menjalankan rondaan di kawasan itu pada pukul 5.30 pagi.

“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup di bank itu, kumpulan perompak ini menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Lagi Menarik di Intenet Raya:

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

15 Super Yummy Nyonya-Style Salad Recipes

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

How To Make The Most Out Of Your First Winter Holiday In A Place Like South Korea

Don't Expect Shortcuts And 11 Other Priceless Lessons We Can Learn From These Malaysians

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.