Powered by Blogger.

Wednesday, November 11, 2015

Ibu maut dipercayai dibunuh anak sendiri di Cheras

Suka.info     7:11:00 AM     0


KUALA LUMPUR: Sepasang adik-beradik ditahan bagi membantu siasatan kematian ibu mereka yang mayatnya ditemui dengan kesan lebam dan bengkak di muka dan kepala di Pangsapuri Sri Penara, Cheras, hari ini. 

Dua beradik itu, masing-masing berusia 22 dan 25 tahun, ditahan berikutan penemuan mayat Wan Yah Wan Mat, 63, di ruang tamu tingkat 16 pangsapuri berkenaan, jam 3.05 petang. 

Suspek lelaki dan adik perempuannya adalah penuntut Universiti Awam (UA). 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, untuk bedah siasat. 

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan dan dua anaknya itu berada di rumah berkenaan sejak Jumaat lalu. 

Pemilik rumah itu yang juga anak mangsa, dikatakan pulang ke kampung di Kelantan kerana mentuanya sakit. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata pemeriksaan ke atas mayat mangsa menemui kesan lebam di kedua-dua belah mata, lebam di tepi mulut dan bibir bengkak. 

"Mulut dan hidung mangsa didapati berdarah di samping kesan bengkak di belakang kepala. Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh," katanya.

Zainuddin berkata, sebelum itu polis menerima panggilan daripada seorang wanita dipercayai jiran mangsa yang mengadu berlaku limpahan air dari pintu utama rumah mangsa. 

Anggota polis yang melakukan pemeriksaan mendapati rumah itu berkunci sebelum meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk memecahkan pintu. 

Sebelum memecahkan pintu rumah, anggota bomba memanggil penghuninya tetapi tiada yang menyahut. 

Sebaik pintu dipecahkan, polis menemui seorang wanita terbaring di ruang tamu. 

Dua anak mangsa turut berada dalam rumah itu. "Anggota paramedik yang melakukan pemeriksaan ke atas mangsa mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/95957

Lagi Menarik di Intenet Raya:

8 Times Malaysians Would Be In Deep Trouble If It Weren't For A Petrol Station

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

[BOOK NOW] Fly to Osaka, Perth, Maldives or Penang with AirAsia from only RM29!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.