Powered by Blogger.

Wednesday, November 11, 2015

Kereta dibawa lari selepas dipinjam

Suka.info     2:29:00 PM     0



SEREMBAN - Seorang wanita bimbang apabila kereta miliknya hilang dan gagal dikesan selepas diberi pinjam kepada seorang lelaki.

Almaswa Che Ros, 42, yang merupakan wartawan di Kumpulan Media Karangkraf berkata, kereta jenis Proton Persona bernombor pendaftaran NCN2749 itu dipinjamkan kepada adik ipar adik lelakinya pada 29 Oktober lalu.

Menurutnya, lelaki itu meminjam kereta berkenaan dengan alasan mahu melaporkan diri ke pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan di sini.

“Sebenarnya kereta saya itu memang adik lelaki saya yang tinggal di Gedung Lalang, gunakan. Tapi masa hari kejadian, adik ipar dia telefon beritahu mahu pinjam.

“Memandangkan kereta itu ada di rumah pada masa itu, adik saya beri guna sekejap. Lagipun lelaki itu beritahu akan pulangkan selepas selesai urusan di AADK nanti,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 8 malam pada hari sama, lelaki berkenaan memberitahu dia berada di sekitar bandar Seremban dan mahu pulangkan kereta, bagaimanapun tidak muncul-muncul.

Malah, katanya, sehingga hari ini, lelaki itu gagal dikesan dan telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi menyebabkan dia bimbang keretanya disalah guna untuk tujuan lain.

“Saya pun tak tahu lagi nak buat macam mana. Sudah lebih seminggu kami semua cuba hubungi tapi tak dapat.

“Paling saya bimbang sebab dia juga terlibat dengan dadah. Takut kalau kereta itu diguna untuk kegiatan tidak baik atau dijual,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Rahang, di sini.

Sehubungan, Almaswa berkata, dia meminta bantuan orang ramai yang menjumpai atau ternampak kereta yang menggunakan nombor pendaftaran berkenaan supaya melaporkan kepada polis.


Lagi Menarik di Intenet Raya:

Which Of These 10 Malaysian Businesses Would You Give RM250,000 To? (Part 1)

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

[BOOK NOW] Fly to Osaka, Perth, Maldives or Penang with AirAsia from only RM29!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.