Powered by Blogger.

Sunday, November 1, 2015

Nahas pesawat Russia: Kotak hitam sudah ditemui

Suka.info     8:03:00 AM     0

KAHERAH: Pejabat Perdana Menteri Mesir memaklumkan sudah menemui kotak hitam pesawat Airbus A321 Russia, yang terhempas di kawasan pergunungan di Hassana, Sinai, di Mesir, semalam.

"Kotak hitam sudah ditemui dari ekor pesawat dan telah dihantar untuk dianalisis oleh pakar," kata pejabat itu dalam satu kenyataan.


Pejabat itu turut memberitahu, setakat kini, pasukan penyelamat sudah berjaya memindahkan 129 mayat dari lokasi kemalangan untuk dibawa ke rumah mayat di Kaherah.

Dalam pada itu, kumpulan militan Negara Islam (IS) mendakwa mereka menjatuhkan pesawat itu, namun ia bertentangan dengan kenyataan pegawai keselamatan Mesir, menyatakan nahas udara itu tiada kena mengena dengan serangan.

Menteri Pengangkutan Russia, Maksim Sokolov, berkata dakwaan IS itu tidak boleh dianggap tepat, sambil memaklumkan pihak berkuasa di Mesir tidak mempunyai maklumat yang boleh mengesahkan dakwaan IS itu," lapor agensi berita Russia. - AFP


Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.