Powered by Blogger.

Sunday, November 1, 2015

Zizan dinobatkan sebagai juara Super Spontan All Stars 2015

Suka.info     8:05:00 AM     0


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Zizan Razak yang dilihat kembali cemerlang menerusi kejayaan filem Polis Evo yang mencatat kutipan RM17.3 juta selepas 42 hari ditayangkan di 83 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei, malam tadi turut diumumkan sebagai juara juara Super Spontan All Stars.

Bekas pengacara Melodi itu juga membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Naib Johan menjadi milik Johan dan dia memenangi wang tunai RM75,000 serta trofi. Sementara itu tempat ketiga menjadi milik Achey yang turut membawa pulang wang tunai RM50,000 diikuti Pak Yus dan Rahim yang masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 serta trofi.

Tauke yang berada di tempat keenam, membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi. Hadiah disampaikan oleh Ketua Saluran dan Kandungan Komedi Astro Warna, Bob Azrai.

Gelanggang akhir Super Spontan All Starz menyaksikan peserta berentap secara individu dan bukan berkumpulan seperti minggu-minggu sebelum ini.

Pusingan akhir Super Spontan All Starz diadakan di Dewan Raja Muda, Shah Alam, malam tadi bermula jam 10.

Pertandingan yang berlangsung selama 10 minggu itu menyaksikan AC Mizal sebagai hos sementara Afdlin Shauki, Ray dan Haniff beraksi sebagai pengulas bersama.


Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.