Powered by Blogger.

Thursday, November 5, 2015

Pelajar dikelar dan ditikam selepas peperiksaan SPM

Suka.info     5:12:00 AM     0


Teluk Intan : Pelajar lelaki yang baru sahaja selesai menduduki kertas Bahasa Inggeris 1 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, di sini cedera selepas ditikam dan dikelar dengan pisau lipat oleh seorang rakan sekelasnya, pagi tadi.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa B Previen, 17, dikatakan diserang pelajar menggunakan pisau lipat selepas berlaku pergeseran seterusnya cabar mencabar di antara mereka sebelum mangsa ditikam dan dikelar.

Mangsa yang cedera di beberapa anggota badan dibawa oleh pihak sekolah ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati kejadian berlaku di SMK Hutan Melintang.

Beliau difahamkan pelajar lelaki yang menyerang mangsa sebelum ini tidak hadir ke sekolah selama tiga bulan kerana menghadapi masalah tekanan perasaan dan motif kejadian masih di siasat pihaknya.

http://www.hmetro.com.my/node/90441#sthash.MpMtxRwi.dpuf

Lagi Menarik di Intenet Raya:

8 Times Malaysians Would Be In Deep Trouble If It Weren't For A Petrol Station

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

[BOOK NOW] Fly to Osaka, Perth, Maldives or Penang with AirAsia from only RM29!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.