Powered by Blogger.

Friday, November 6, 2015

Terkilan bank enggan kurangkan deposit RM250 untuk buka akaun

Suka.info     6:13:00 AM     0


LABIS 3 Nov. – Seorang lelaki di Kampung Sawah Baru, dekat sini terkilan dengan tindakan beberapa bank di daerah ini berikutan enggan mengurangkan jumlah deposit untuk membuka akaun abangnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Shamsul Ibrahim, 40, mendakwa, hasrat abangnya, Jamil, 57, yang buta dan bisu sejak kecil untuk membuka akaun bank bagi memudahkan urusan pembayaran bantuan wang sara hidup seperti yang disarankan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tergendala apabila semua bank yang dikunjungi meminta wang deposit sebanyak RM250 dan enggan memberi kelonggaran dengan mengurangkan jumlah tersebut.

Keadaan itu berlaku, katanya, walaupun mereka telah menyertakan surat sokongan JKM.

“Saya amat terkilan dengan layanan pihak bank yang langsung tidak mahu memberi peluang serta keistimewaan kepada abang saya untuk menikmati kemudahan perbankan semata-mata dia tidak mampu untuk memenuhi syarat jumlah wang deposit yang ditetapkan.

“Kami bukan meminta bantuan berupa wang atau pinjaman dari pihak bank, kami hanya mahu membuka akaun bagi memudahkan bayaran wang sara hidup oleh JKM berjumlah RM150 sebulan,” kata bapa kepada dua anak itu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sawah Baru di sini, semalam.

Menurutnya, wang bantuan sara hidup itu digunakan untuk membeli keperluan abangnya seperti ubat-ubatan dan keperluan lain.

Ekoran gagal membuka akaun bank, pegawai JKM terpaksa datang ke rumahnya yang terletak hampir 20 kilometer dari pejabat JKM Labis semata-mata untuk membuat pembayaran wang bantuan tersebut setiap bulan.

Shamsul memberitahu, dia dan isterinya tidak boleh meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama kerana bimbang keadaan abangnya yang tidak boleh menguruskan diri dengan baik terutama untuk bergerak mengambil makanan.

“Saya harap apa yang berlaku kepada abang menjadi pengajaran kepada semua pihak dan tidak berlaku kepada OKU lain kerana syarat-syarat yang menyusahkan mereka.

“Selain itu, saya harap pihak berwajib memberi perhatian serta berusaha mencari jalan terbaik agar OKU diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank supaya mereka dapat menikmati kemudahan yang ada seperti insan normal lain,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/terkilan-bank-di-labis-enggan-8232-kurang-deposit-buka-akaun-1.154272#sthash.DGB9LDGL.dpuf

Lagi Menarik di Intenet Raya:

8 Times Malaysians Would Be In Deep Trouble If It Weren't For A Petrol Station

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

[BOOK NOW] Fly to Osaka, Perth, Maldives or Penang with AirAsia from only RM29!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.