Powered by Blogger.

Wednesday, November 11, 2015

Pelakon drama bersiri popular Jaafar Onn bakal menikah dengan janda

Suka.info     3:37:00 PM     0



PELAKON Jaafar Onn, 64, bakal melangsungkan pernikahan dengan seorang janda awal tahun hadapan.

Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, wanita yang telah berjaya mencuri hati Jaafar Onn berasal dari Johor dan berusia 35 tahun.

“Mula-mula kita segan jugalah hendak ke tahap bercinta. Maklum sajalah, umur pun dah berapa, kan? Sangat jauh perbezaan antara kami.

Bagaimanapun bila nampak macam boleh pergi jauh, kita berserah kepada ALLAH. Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana," katanya.

Jaafar Onn berkata, buat masa kini, dia belum bersedia mendedahkan secara terperinci wanita pilihan hatinya itu.

"Kami berjumpa semasa saya membuat persembahan di Kulai Jaya. Tanpa disedari, cinta berputik dan awal 2015, saya sudah melamar dia. Seronok!”

“Mana tahu, selepas hidup berdua balik, boleh jadi lebih baik. Boleh sama-sama melakukan ibadah dan bina hidup baharu bersama-sama,” katanya yang enggan mendedahkan nama dan wajah wanita yang bakal dikahwini itu kerana mahu memberi kejutan pada hari perkahwinannya nanti pada awal tahun.


Lagi Menarik di Intenet Raya:

Which Of These 10 Malaysian Businesses Would You Give RM250,000 To? (Part 1)

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

[BOOK NOW] Fly to Osaka, Perth, Maldives or Penang with AirAsia from only RM29!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.