Powered by Blogger.

Sunday, November 1, 2015

SPAD punca KTM naikkan tambang komuter yang berkuatkuasa Disember

Suka.info     6:44:00 PM     0



KUALA LUMPUR - KTM Berhad (KTM) akan menaikkan kadar tambang bagi perkhidmatan KTM Komuter berkuat kuasa Disember ini.

Pengerusinya, Datuk Nawawi Ahmad, berkata pengumuman mengenai kenaikannya akan dibuat esok.

Katanya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD) akan mengumumkan kenaikan kadar tambang KTM Komuter dengan mengecualikan perkhidmatan KTMB Intercity.

Justeru, pengguna boleh menjangkakan harga setiap kilometer perjalanan akan bertambah daripada 11 sen kepada 15 sen.

Sebelum ini, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar membayangkan tambang monorel dan LRT akan naik.

Ini berikutan SPAD telah mendapat kelulusan daripada Kabinet untuk menaikkan tambang komuter.

Sebelum ini, kumpulan pengguna menyuarakan kebimbangan berhubung kenaikan kadar tol yang dijangka menambah lagi tekanan dan bebanan terhadap kos sara hidup, yang semakin meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Pertengahan bulan lalu, kadar tol di beberapa lebuh raya dan jalan utama termasuk di Lembah Klang yang dikendalikan beberapa syarikat konsesi naik antara 10 sen dan RM6.


Lagi Menarik di Intenet Raya:

5 Incredibly Fun Things You Can Do In Korea During Winter For Absolutely FREE!

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

[BOOK NOW] Fly to Osaka, Perth, Maldives or Penang with AirAsia from only RM29!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.