Powered by Blogger.

Friday, November 6, 2015

Tun Mahathir dipanggil polis hari ini

Suka.info     2:54:00 PM     0


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disiasat di bawah kemungkinan melakukan fitnah selepas membuat kritikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan bercakap kepada pihak polis hari ini.

Pembantu Dr. Mahathir, Sufi Yusof dalam pesanan ringkas kepada Bloomberg mengesahkan pertemuan tersebut.

Bulan lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak polis telah membuka beberapa kertas siasatan selepas pelbagai laporan polis dibuat mengenai Dr. Mahathir.

Tambahnya, siasatan tersebut berkaitan Seksyen 500, Kanun Keseksaan atas jenayah fitnah. Dr. Mahathir, 90, secara terbuka mengkritik Najib berikutan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah menghadiri perhimpunan anti-kerajaan, Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga dilaporkan berkata, Dr. Mahathir akan disoal-siasat berhubung kenyataan yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu semasa perhimpunan Bersih 4 yang lalu.

“Saya mahu ahli-ahli Parlimen UMNO dan ketua-ketua bahagian untuk menurunkan dia (Najib). Anda telah menjual, jiwa, bangsa dan negara ini. Malaysia akan berakhir menjadi sebuah negara yang sudah tiada lagi urus tadbir,” katanya semasa perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih 4.0 - MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/ms/nasional/tun-m-dipanggil-polis-hari-ini

Lagi Menarik di Intenet Raya:

8 Times Malaysians Would Be In Deep Trouble If It Weren't For A Petrol Station

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

[BOOK NOW] Fly to Osaka, Perth, Maldives or Penang with AirAsia from only RM29!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.