BAITULMAQDIS: Seorang askar Israel menembak mati seorang lelaki Yahudi yang disangka 'pengganas' Palestin, insiden yang menunjukkan rasa gementar dalam kalangan warga Israel susulan beberapa kes tikaman membabitkan rakyat Palestin.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld, berkata askar yang ditempatkan di Baitulmaqdis bagi membantu pasukan polis di situ, lewat malam tadi mendesak lelaki berkenaan menunjukkan kad pengenalan.
Bagaimanapun, katanya, lelaki itu enggan berbuat demikian lalu bergelut dengan askar berkenaan dan cuba merampas senjata seorang daripada mereka. Dia kemudian ditembak seorang askar dan mati akibat kecederaan yang dialaminya.
"Askar berkenaan mengesyaki lelaki itu seorang pengganas," katanya.
Media Israel melaporkan bahawa lelaki Yahudi itu meminta kad pengenalan askar terbabit tetapi Rosenfeld tidak dapat mengesahkan perkara itu. Katanya, insiden itu sedang disiasat. - AP
Menarik Dari Intenet Raya:
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

We Got A World Champion Magician To Teach Us A Simple Card Trick. Can You Do It?

0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.