Powered by Blogger.

Thursday, October 22, 2015

Perlis, PP dan Perak tutup sekolah esok

Suka.info     8:54:00 PM     0

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Perlis, Pulau Pinang dan Perak ditutup esok, berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan masih tidak menunjukkan penurunan.

Arahan penutupan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan sebentar tadi.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu bakal membabitkan seramai 728,739 pelajar daripada 1,600 sekolah.

Katanya, penutupan sekolah akibat jerebu ini adalah untuk memastikan tahap kesihatan pelajar tidak terjejas.

"Dalam tempoh penutupan ini, guru-guru disaran memanfaatkan platform Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) bagi membolehkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada pelajar terus berjalan," katanya.

Sementara itu semua sekolah di Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur, daerah Bentong di Pahang termasuk beberapa sekolah di Sarawak iaitu di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong dibuka seperti biasa esok.

Katanya, walaupun dibuka namun pihak pengurusan sekolah hendaklah memastikan tahap kesihatan pelajar tidak terjejas.

Kementerian berkata, Jabatan Pendidikan negeri dan daerah bersama pengurusan sekolah di seluruh negara hendaklah berterusan memantau bacaan IPU yang dikeluarkan.

Katanya, sekiranya berlaku peningkatan ke tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, pihak terbabit boleh mengambil tindakan penutupan seperti ditetapkan oleh kementerian.




Menarik Dari Intenet Raya:

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

We Got A World Champion Magician To Teach Us A Simple Card Trick. Can You Do It?  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.