Powered by Blogger.

Thursday, October 22, 2015

Dua syarikat perlombongan bauksit dikesan sedut air secara haram

Suka.info     10:40:00 PM     0

KUANTAN 22 Okt. - Dua syarikat perlombongan bauksit di daerah ini, dikesan mengepam air secara haram dari dua sungai utama di sini, sehingga menjejaskan sumber air lebih 20,000 penduduk di tiga kampung berhampiran, sejak beberapa bulan lepas.

Syarikat berkenaan, masing-masing beroperasi di Felda Bukit Goh 1 dan Felda Bukit Goh 3, dikesan menyedut air dari Sungai Rong dan Sungai Taweh, memasuki beberapa empangan yang mereka bina untuk membersihkan bauksit menyebabkan air di sungai tersebut kering.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berkata keadaan itu menyebabkan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kehilangan sumber air mentah untuk disalurkan ke Loji Air Bukit Goh dan Loji Air Bukit Sagu.

"Kita mendapat aduan penduduk menyatakan air di Sungai Rong dan Sungai Taweh menjadi cetek dan kering ekoran kegiatan pembersihan mineral bauksit yang dijalankan di Felda Bukit Sagu 1 dan 3.

"Hasil tinjauan hari ini, aduan tersebut ada asasnya dan kita dapati mereka menyedut air sungai ini tanpa kebenaran," katanya kepada pemberita, selepas mengadakan lawatan mengejut di kedua-dua kawasan pembersihan bauksit itu, di sini hari ini. - BERNAMA

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.