Powered by Blogger.

Sunday, November 1, 2015

Fazura Bakal Dedah Kisah Hidupnya Dalam Musim Kedua Facing Up To Fazura!

Suka.info     5:44:00 PM     0


Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik Fazura yang sering dilanda kontroversi hangat. Namanya dahulu sering dikaitkan dengan beberapa pelakon terkenal tanah air. Selepas putus cinta dengan pelakon Shaheizy Sam, tidak kedengaran lagi beliau menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Walaubagaimanapun, sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila secara tiba-tiba pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 ini akan mendedahkan kisah perpisahannya.

Cerita itu dinyatakan sendiri Nur Fazura atau Faz, 32 ketika ditemui pada majlis pratonton program realiti Facing Up To Fazura di Talent Lounge, Damansara Perdana.

“Mesti ramai yang terkejut apabila saya mahu bercerita kisah perpisahan sedangkan ramai yang tahu saya single. Semua ini akan saya dedahkan secara eksklusif dalam program ini.

“Menerusi program ini, saya kerap mengalir air mata. Banyak perkara yang selama ini saya pendam, saya luahkan semua. “Bukan mudah untuk kita membuka rahsia diri tetapi itulah yang saya lakukan untuk musim kedua ini,” ujar Faz yang turut menjadi penerbit bersama untuk program realiti itu.

Menurut Fazura lagi, lagu ciptaan anggota kumpulan The Waklu’s sebelum ini dihasilkan adalah berdasarkan kisah benar dirinya.

“Sebelum ini, saya pernah dihentam di laman Instagram kerana merakam selfie dengan anjing. Kebetulan mereka membaca komen yang ditulis dan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Justeru, lagu itu ditulis bagi memberi semangat agar saya terus bangun dan tidak mudah berputus asa. Liriknya sangat sesuai untuk semua orang kerana ia memberi motivasi,” katanya.

Facing Up To Fazura musim kedua akan mula disiarkan di saluran E! (Astro 712) jam 10 malam ini.

GosipMalaysia


Lagi Menarik di Intenet Raya:

5 Incredibly Fun Things You Can Do In Korea During Winter For Absolutely FREE!

How Far Would A Malaysian Go To Save Money?

You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams

Light Up The Lives of 50 Families This Christmas

[BOOK NOW] Fly to Osaka, Perth, Maldives or Penang with AirAsia from only RM29!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.